Pengalaman Minggu Orientasi

Assalamualaikum. Salam Kedah aman makmur, salam Perak aman jaya.

Minggu orientasi, minggu yang akan dilalui oleh setiap mahasiswa, atau pelajar baru di universiti, sekolah, dan juga matrikulasi. Ramai yang tak suka minggu orientasi sebenarnya. Yang suka bagusla, kita geng.

Minggu orientasi di sekolah mungkin tidak sama dengan di universiti atau matrikulasi. Jauh beza seingat aku. Ada ke kat sekolah minggu orientasi? haha. Memang tak ingat la kan.

Pengalaman melalui minggu orientasi di matrik, ya Allah sangat memenatkan. Mandi tak sempat kalau terbangun lewat. Mana tak nya, malam balik pukul berapa, terkejar-kejar. "cepat jalan, cepat makan, cepat turun" itula ayat sepanjang minggu orientasi. Masa tu memang tak puas hati, dah kenapa senior ni suruh cepat. Letih kot. Macam-macam rungutan yang keluar. Paling tak boleh lupa kena marah pakai seluar track dengan baju korporat, sadis betul. Ada jugak yang best time orientasi ni, ahli jawatankuasa orientasi a.k.a AJKO memang terbaik. Tanya la apa pun, semua ada jawapan. Dalam hati, nanti nak jadi macam diorang.

Persoalan-persoalan waktu minggu orientasi terjawab waktu aku jadi AJKO untuk batch 14/15, batch selepas aku di matrikulasi Perak, matrikulasi aku. Pengalaman yang memang tak kan dilupakan. Waktu tu baru la faham kenapa AJKO ni kerah sangat kitorang suruh cepat. Kalau boleh semua nak perfect. Nanti la cerita pengalaman jadi AJKO.

Pengalaman melalui minggu orientasi di universiti, tak jauh beza dengan matrik. Situasi yang sama. Cuma tiada lagi rungutan yang keluar kalau disuruh cepat. Pengalaman menjadi AJKO banyak mengubah pandangan terhadap minggu orientasi.

Ramai sahabat-sahabat yang merungut, "RSK ni gila kuasa la." "RSK ni tak fikir ke kami ni penat." "RSK ni ikut ape protokol, bukan penting sangat pun." "Diorang ni poyo la." "Diorang ingat kami pelajar degree budak2 ke." "Sudah la, kami nak balik." Dan macam-macam lagi.

Di universiti aku, AJKO dipanggil RSK(rakan suai kenal). Rungutan yang keluar dari mulut2 orang yang tak pernah merasa berada ditempat -tempat RSK dan AJKO. Aku yang pernah menjadi AJKO sedih teramat sangat dengar rungutan2 mereka yang pentingkan diri sendiri. Bagi aku, mereka tak kan mampu untuk berada di tempat kami barisan AJKO ataupun RSK.

Sebagai pelajar pun tidak mampu nak menghadapi minggu orientasi, apatah lagi jika bergelar AJKO or RSK. Diorang takkan mampu. Tapi, tak semua yang merungut, ada yang enjoy sepanjang aktiviti. Aku pun enjoy, dengan tidur sepanjang aktiviti berlansung. Hehehe, tapi In Sha Allah kalau aku sihat waktu orientasi hari tu, aku pun akan enjoy.

"Putting ourselves in the shoes of others momentarily in order to try to understand them better before commenting or acting against them is very important. 


Many people condemn others without trying to see where they are coming from or why they have acted in a specific way or said something. 


If we are sincere, we will understand one another better & possibly reduce much unwanted scepticism, hatred and enmity."
- Mufti Ismail Menk -

0 Response to "Pengalaman Minggu Orientasi "

Post a Comment