Berlapang Dada

Assalamualaikum. Selamat pagi cinta. 

Sengaja pagi-pagi buta ni nak update blog. Tak boleh tidur. 'Berlapang Dada', sebenarnya ni topik tazkirah subuh program Khatibah 2 minggu lepas. Masa ni aku mamai lagi sementara tunggu subuh. Apa nama ustazah yang lead kitorang, dah tak ingat.

Ustazah tanya, berlapang dada ni apa? Then, aku dalam hati jawab, redha dengan setiap benda yang berlaku. Senior TESL pun jawab, berlapang dada dengan memaafkan kesalahan orang lain. Lamunan terhenti! Betul jugak tu. 

Ustazah bagi pendapat dia tentang 'Berlapang Dada' ni. Tapi cuma dalam konteks saling memaafkan antara satu sama lain. Betul, cuma aku rasa 'Berlapang Dada' ni lebih meluas. Mungkin tak sempat nak dikongsi sebab dah nak azan Subuh.

Gambar dari Hasnul adin. :D
Berlapang dada dengan ujian yang Allah berikan. Berlapang dada dengan pengorbanan kita dekat sahabat, keluarga, dan masyarakat. Berlapang dada dengan tanggungjawab-tanggungjawab kita. Maksud lain, berlapang dada ialah ikhlas, redha, terima dengan sepenuh hati, bersangka baik. 

Contoh, baru-baru ni adik aku ada merungut pasal adik-adik dia yang tak nak tolong dia ke kedai. Sedangkan selama ni dia banyak berbelanja untuk adik-adik. Sememangnya dia bukan jenis yang kedekut. Tapi bila pemberian dia tak dihargai, walaupun dalam bentuk lain ya 'sakitnya tuh disini'.

Contoh, seorang isteri yang merasakan perkahwinan itu satu penghambaan sebab sikap suami yang tak reti menghargai, tak pandai berterima kasih, menyakiti hati isteri ya 'sakitnya tuh disini'.

Contoh, aku pun selalu tak dihargai, ya 'sakitnya tuh disini'. *pejam mata* (Actually, I love it that way)

Tapi, cuba kalau ketiga-tiga ni tahu apa tu berlapang dada. Mesti tak rasa 'sakitnya tuh disini'. Normal la manusia, ada rasa. Mudah berkata-kata, cuba hang rasa. ☺. 

"Hargailah apa yang ada. Laksanakan tanggungjawab dengan kasih sayang, walaupun ketika terasa tidak disayangi. Membuat kebaikan akan menjadikan kita gembira dengan syarat kita melakukannya dengan kasih sayang" -Ustaz Pahrol Mohd. Juoi-

Entry ni untuk pujuk diri sendiri. Chillax. 

Alhamdullilah, Terima kasih.

Assalamualaikum. Salam Kedah aman makmur, salam Perak aman jaya.

Sengaja aku nak cerita kisah yang jadi sabtu lalu. Semoga dapat jadikan pengajaran untuk orang lain dan diri sendiri.

Jam 1050, aku bangun tidur, gara-gara lagu yang dipasang housemate. The most annoying thing that happen in the morning, kalau buka zikir takpe la jugak. At least bangun tenang je. Ni lagu, serabut kot. Bangun je terus ke bilik air, basuh muka+gosok gigi.

Tiba-tiba rasa tak sedap hati, macam ada orang usik barang-barang aku kat dapur. Kami duduk apartmen, 6 orang 1 rumah. Then, keluar bilik air, terus ke dapur. Housemate aku dengan senang hati ambik roti, milo aku untuk dia breakfast. Tak minta izin!

Niat aku, bukan nak kedekut dengan  dia, memang aku bukan jenis yang kedekut pun, even kalau dia minta izin pun, jawapan aku tetap sama, "ambikla". Mungkin sebab tu dia dah penat minta dan ambik sendiri je. Tapi, tu la benda paling aku tak suka, harta orang buat macam harta sendiri. Mula la nak drama pagi-pagi.

Masuk bilik, terus menangis sepuas-puasnya. Terus whatsapp orang-orang penting. Along, abang2 senior dan kawan2 baik. Cerita ape yang berlaku. Aku menangis bukan sebab dia makan makanan aku tak minta izin, aku menangis sebab aku dah takde duit nak beli balik semua tu. Aku nak jimat, sekurang-kurangnya 4 bulan dekat sini, tak perlu lagi aku beli. RM10 yang tinggal untuk seminggu lagi. Sedangkan dia orang senang, kerja lagi untuk support diri sendiri, beli la sendiri. Walaupun dia tak makan sampai habis, tapi kalau sebulan aku letak barang-barang aku dekat dapur, dia boleh guna sewenang-wenangnya, apa akan jadi. Aku baru letak 2 hari...

Reply whatsapp dari along,

"Simpan dalam loker barang-barang hang tu kalau hang nak jimat"
"Takpe, ikhlaskan saja. Anggap sedekah. Dapat pahala. Bukan senang Allah nak bagi pahala dekat hang kan?"
"Tak payah sedih-sedih lagi."

Disebabkan jawapan along, terus aku stop menangis, ikhlaskan hati, anggap sedekah. 

Sebenarnya bukan ni yang nak dijadikan pengajaran.

Petang tu, kawan aku Syaza ajak pergi Perak Expo For Young Scientist 2014. Actually, aku AJK perasmian & penutup untuk expo tu, tapi aku bertugas hari Ahad. Jadi niat aku pergi untuk tengok seuasana expo sebelum bertugas esok.
Jam 1700, selesai ekspo. Aku, Syaza dapat bubur kacang dan bubur pulut hitam waktu minum petang. Memang waktu tu bersyukur sangat-sangat sebab aku tak lunch lagi. Nasi ada dekat bilik. Tambah pulak dengan takde mood+takde duit.
Sebelum balik, aku order roti gardenia dekat abang senior, since dia nak ke pekan.
Jam 2050, aku turun untuk ambik barang yang dipesan. Tengok macam-macam la pulak dia bagi. Aku order roti je.

Jadi aku flashback balik ape yang jadi hari tu. Mungkin disebabkan aku ikhlaskan apa yang housemate aku makan pagi tu yang membuatkan rezeki aku bertambah di waktu petang. Allah dah rancang elok-elok, aku je yang tak nampak. Rezeki Allah yang bagi. Mungkin makanan aku pagi tu rezeki dia, dan aku yang kena ikhlaskan hati. Alhamdullilah, bersyukur sangat. 

Pengalaman Minggu Orientasi

Assalamualaikum. Salam Kedah aman makmur, salam Perak aman jaya.

Minggu orientasi, minggu yang akan dilalui oleh setiap mahasiswa, atau pelajar baru di universiti, sekolah, dan juga matrikulasi. Ramai yang tak suka minggu orientasi sebenarnya. Yang suka bagusla, kita geng.

Minggu orientasi di sekolah mungkin tidak sama dengan di universiti atau matrikulasi. Jauh beza seingat aku. Ada ke kat sekolah minggu orientasi? haha. Memang tak ingat la kan.

Pengalaman melalui minggu orientasi di matrik, ya Allah sangat memenatkan. Mandi tak sempat kalau terbangun lewat. Mana tak nya, malam balik pukul berapa, terkejar-kejar. "cepat jalan, cepat makan, cepat turun" itula ayat sepanjang minggu orientasi. Masa tu memang tak puas hati, dah kenapa senior ni suruh cepat. Letih kot. Macam-macam rungutan yang keluar. Paling tak boleh lupa kena marah pakai seluar track dengan baju korporat, sadis betul. Ada jugak yang best time orientasi ni, ahli jawatankuasa orientasi a.k.a AJKO memang terbaik. Tanya la apa pun, semua ada jawapan. Dalam hati, nanti nak jadi macam diorang.

Persoalan-persoalan waktu minggu orientasi terjawab waktu aku jadi AJKO untuk batch 14/15, batch selepas aku di matrikulasi Perak, matrikulasi aku. Pengalaman yang memang tak kan dilupakan. Waktu tu baru la faham kenapa AJKO ni kerah sangat kitorang suruh cepat. Kalau boleh semua nak perfect. Nanti la cerita pengalaman jadi AJKO.

Pengalaman melalui minggu orientasi di universiti, tak jauh beza dengan matrik. Situasi yang sama. Cuma tiada lagi rungutan yang keluar kalau disuruh cepat. Pengalaman menjadi AJKO banyak mengubah pandangan terhadap minggu orientasi.

Ramai sahabat-sahabat yang merungut, "RSK ni gila kuasa la." "RSK ni tak fikir ke kami ni penat." "RSK ni ikut ape protokol, bukan penting sangat pun." "Diorang ni poyo la." "Diorang ingat kami pelajar degree budak2 ke." "Sudah la, kami nak balik." Dan macam-macam lagi.

Di universiti aku, AJKO dipanggil RSK(rakan suai kenal). Rungutan yang keluar dari mulut2 orang yang tak pernah merasa berada ditempat -tempat RSK dan AJKO. Aku yang pernah menjadi AJKO sedih teramat sangat dengar rungutan2 mereka yang pentingkan diri sendiri. Bagi aku, mereka tak kan mampu untuk berada di tempat kami barisan AJKO ataupun RSK.

Sebagai pelajar pun tidak mampu nak menghadapi minggu orientasi, apatah lagi jika bergelar AJKO or RSK. Diorang takkan mampu. Tapi, tak semua yang merungut, ada yang enjoy sepanjang aktiviti. Aku pun enjoy, dengan tidur sepanjang aktiviti berlansung. Hehehe, tapi In Sha Allah kalau aku sihat waktu orientasi hari tu, aku pun akan enjoy.

"Putting ourselves in the shoes of others momentarily in order to try to understand them better before commenting or acting against them is very important. 


Many people condemn others without trying to see where they are coming from or why they have acted in a specific way or said something. 


If we are sincere, we will understand one another better & possibly reduce much unwanted scepticism, hatred and enmity."
- Mufti Ismail Menk -