Kelab Pencinta Kucing UPSI

Assalamualaikum.

Kelab Pencinta Kucing UPSI (KPKU) ni bukan lah kelab yang official di UPSI. Hanya group di facebook. Tapi in sha Allah, usaha untuk mengofficial kan kelab ni tengah diusahakan. Aku mula tahu kewujudan kelab ni sebab ada yang confess di UPSI confession. Apa lagi, laju je cari, sebab baru aku tahu masih ada yang peduli nasib kucing-kucing.

Masa mula-mula join dulu, sikit je yang tahu pasal kewujudan KPKU. Sekarang, alhamdullilah sudah 1262 orang. Tujuan KPKU untuk memastikan kebajikan kucing-kucing di UPSI terjaga dan memberi sepenuh kasih sayang kepada kucing-kucing jalanan di sekitar kolej dan kampus. Kutipan derma kilat juga akan diadakan jika kucing perlukan rawatan segera.


Aku mengaku aku pencinta kucing, haiwan sebenarnya. Family, kawan2 tahu tu. Tapi bila join KPKU aku tak rasa aku pencinta kucing yang sebenar, sebab tak mampu nak buat apa yang depa buat. Aku nampak kucing je, aku akan panggil. Belai-belai, kalau ada makanan bagi. kalau takde, tak bagi la.

Bila join KPKU, depa bagi makan kucing-kucing di pekan, kampus, kolej, bawak pergi vet. Kucing aku sendiri tak pernah aku bawak pergi vet. Aku tak percaya dekat Dr haiwan. Mentality dari zaman kanak-kanak, Dr haiwan bunuh haiwan. Haha.

Then, lepas tu kalau aku nampak kucing, aku panggil untuk main dengan dia, sedangkan mungkin dia lapar. Aku mula perasan kucing-kucing di UPSI tak makan sangat kalau aku bagi ikan or ayam. Kucing aku kat rumah makan semua. Apa aku boleh makan, semua depa makan.

Jadi rasa bersalah timbul setiap kali panggil kucing untuk main, sedangkan depa mengharapkan makanan. Panggil diri sendiri pencinta kucing, tapi bagi kucing makan pun tak mampu. Timbul kesedaran untuk beli makanan kucing. Even bukan untuk kucing sendiri. Kucing jalanan. Bawak pergi mana-mana.

Sekarang, rasa bersalah tu dah takde. Ditambah pulak dengan kawan-kawan yang sangat memahami. Walaupun ada yang tak suka, but who cares. Haters gonna hate. Pergi mereput sana, I don't use your money.

Cenge dan anak-anaknya. Yang bergolek Tiger, warna peach Betty and yang
paling disayangi Marble.

Cerita sikit pasal Cenge. Kucing di kolej kediaman aku. Aku letak nama dia Cenge sebab dia sangatlah garang. Dia tak suka orang pegang dia. Bukan penakut, tapi garang. Dari awl sem, macam tu la dia. Tapi setiap hari aku akan cari jugak dia untuk bagi makan. Tak pegang la dia, dia tak suka. Then dia pregnant. Mula jinak. Dah bagi orang sentuh dia. dia takde ekor, ekor putus tersepit di pagar masa dia kecik lagi. Aku bukan student UPSI lagi time tu.

Sekarang, dia dah beranak, 3 ekor baby. Semuanya betina. Macam dia jugak, garang tapi ditambah dengan penakut. Tapi normal la, kecik lagi. Sekarang dah tak lagi. Dah kenal siapa tuan mungkin. Haha.

Disebabkan ni pasal KPKU, jadi kesimpulannya, In sha Allah, aku akan teruskan perjuangan Abg Zul, admin KPKU untuk membela nasib kucing-kucing di UPSI dan in sha Allah sekitar Tg. Malim.

Persoalannya, mampukah aku sehebat mereka? 

8 Response to "Kelab Pencinta Kucing UPSI"

  1. Nabila Syifa says:
    4 January 2015 at 04:11

    Sy dh follow awak k.tq

    [Reply to Comment]
  2. Nurzahidah Zamat says:
    5 January 2015 at 00:17

    @Nabila Syifa

    Trimas. :)

    [Reply to Comment]
  3. Sarah Halim says:
    5 January 2015 at 05:55

    heheh sama kitaaa . pencinta kucing yang tegar. hehe sara ada 10 ekor kucing kat rumah (:

    http://sarahhijabista.blogspot.com/

    [Reply to Comment]
  4. Hidayah Suhailee says:
    5 January 2015 at 18:20

    yaya suka sgt kucing.. :) dekat rumah bnyk sgt kucing..

    [Reply to Comment]
  5. Nurzahidah Zamat says:
    6 January 2015 at 11:04

    @Sarah Halim

    hahaha, yeke? bagusla. we are cat lover. <3

    [Reply to Comment]
  6. Nurzahidah Zamat says:
    6 January 2015 at 11:05

    @Hidayah Suhailee yes, masih ramai yyg sukakan kucing. <3

    [Reply to Comment]
  7. Zulham Efendi says:
    17 January 2015 at 08:25

    baru tau kalau ada klub untuk pecinta kucing

    [Reply to Comment]
  8. Mialia says:
    22 February 2015 at 01:22

    alololo comelnya kucing2 ni :)

    [Reply to Comment]

Post a Comment