Berlapang Dada

Assalamualaikum. Selamat pagi cinta. 

Sengaja pagi-pagi buta ni nak update blog. Tak boleh tidur. 'Berlapang Dada', sebenarnya ni topik tazkirah subuh program Khatibah 2 minggu lepas. Masa ni aku mamai lagi sementara tunggu subuh. Apa nama ustazah yang lead kitorang, dah tak ingat.

Ustazah tanya, berlapang dada ni apa? Then, aku dalam hati jawab, redha dengan setiap benda yang berlaku. Senior TESL pun jawab, berlapang dada dengan memaafkan kesalahan orang lain. Lamunan terhenti! Betul jugak tu. 

Ustazah bagi pendapat dia tentang 'Berlapang Dada' ni. Tapi cuma dalam konteks saling memaafkan antara satu sama lain. Betul, cuma aku rasa 'Berlapang Dada' ni lebih meluas. Mungkin tak sempat nak dikongsi sebab dah nak azan Subuh.

Gambar dari Hasnul adin. :D
Berlapang dada dengan ujian yang Allah berikan. Berlapang dada dengan pengorbanan kita dekat sahabat, keluarga, dan masyarakat. Berlapang dada dengan tanggungjawab-tanggungjawab kita. Maksud lain, berlapang dada ialah ikhlas, redha, terima dengan sepenuh hati, bersangka baik. 

Contoh, baru-baru ni adik aku ada merungut pasal adik-adik dia yang tak nak tolong dia ke kedai. Sedangkan selama ni dia banyak berbelanja untuk adik-adik. Sememangnya dia bukan jenis yang kedekut. Tapi bila pemberian dia tak dihargai, walaupun dalam bentuk lain ya 'sakitnya tuh disini'.

Contoh, seorang isteri yang merasakan perkahwinan itu satu penghambaan sebab sikap suami yang tak reti menghargai, tak pandai berterima kasih, menyakiti hati isteri ya 'sakitnya tuh disini'.

Contoh, aku pun selalu tak dihargai, ya 'sakitnya tuh disini'. *pejam mata* (Actually, I love it that way)

Tapi, cuba kalau ketiga-tiga ni tahu apa tu berlapang dada. Mesti tak rasa 'sakitnya tuh disini'. Normal la manusia, ada rasa. Mudah berkata-kata, cuba hang rasa. ☺. 

"Hargailah apa yang ada. Laksanakan tanggungjawab dengan kasih sayang, walaupun ketika terasa tidak disayangi. Membuat kebaikan akan menjadikan kita gembira dengan syarat kita melakukannya dengan kasih sayang" -Ustaz Pahrol Mohd. Juoi-

Entry ni untuk pujuk diri sendiri. Chillax. 

1 Response to "Berlapang Dada"

  1. Rich Man says:
    31 December 2014 at 23:18

    Allah kan ada :) Selalu dekat dan yaqin dgn Nya. Dgn kita mnghargai org lain sudah pasti Allah akn dtgkn org2 yg sgt mnghargai diri kita. Ukhuwah fillah dunia akhirat.

    [Reply to Comment]

Post a Comment